Friday, November 12, 2010

Our Catering Services


Jumpa Cafe dimiliki dan diuruskan oleh Qaseh Zara Food And Events. Di samping cafe, Syarikat Qaseh Zara Food And Events juga menjalankan perkhidmatan katering.

Berbekalkan pengalaman lebih sedekad, Jumpa Cafe kini mampu menyediakan khidmat pelbagai majlis hingga 5,000 jemputan. Dari majlis rasmi ke majlis santai, samada di dalam dewan atau konsep gerai di laman, Hari Sukan atau Hari Keluarga, berkelah atau beradat, Jumpa Cafe sedia menyempurnakan majlis anda.

Qaseh Zara Food And Events kini berpusat di Bandar Putra Permai,Seri Kembangan Selangor.

WAWASAN
Menjadi pakar penyediaan makanan, perkhidmatan dan runding-cara majlis yang beretika, berdaya saing, profesional dan berlandaskan prinsip-prinsip Islam, sekaligus menjadi pemimpin pasaran dalam industri katering.

MISI

  • Memenuhi, menasihati dan memberi perkhidmatan katering serta runding cara majlis yang terbaik kepada pelanggan
  • Sentiasa prihatin terhadap kebajikan pekerja melalui hubungan baik antara pekerja dan majikan, skim-skim istimewa yang disediakan, latihan-latihan kemahiran dan penyediaan peralatan yang lengkap dan selamat digunakan
  • Mempunyai rangkaian pembekal bahan mentah, makanan dan minuman yang luas, berdaya saing dan cekap untuk memastikan perkhidmatan sentiasa lancar dan baik
  • Sentiasa memperbaiki dan menjaga mutu perkhidmatan, dari segi penyediaan makanan yang bersih dan citarasa yang standard, layanan yang cekap dan mahir
  • Komited untuk peningkatan mutu perkhidmatan yang berterusan

No comments:

Post a Comment