Saturday, November 6, 2010

Jumpa Cafe di Putra Walk, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan

Assalamualaikum w,b,t

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'SELAMAT DATANG' ke laman blog Jumpa Cafe. Di mana laman blog ini di khususkan untuk pelawat-pelawat blog yang merancang untuk majlis resepsi, keramaian, hari jadi dan lain-lain lagi.

Di samping itu juga Jumpa Cafe mengalu-alukan kunjungan anda ke cafe ini untuk menikmati hidangan lazat dengan harga yang berpatutan dari masakan Melayu, Indonesia, Barat, dan Asia.

Masakan Jumpa Cafe adalah hasil dari air tangan Chef yang berpengalaman dari hotel-hotel lima dan enam bintang dari South Africa yang berkerja di sana selama 9 tahun. Beliau telah memulakan kerjaya sebagai chef di Lady Hamilton Hotel - Cape Town, Hilton Hotel Johanesburg, Sheraton Arabella luxury Collection Hermanus Western Cape dan Sandton Sun Hotel Sandton City. Berpengalaman juga menjadi Chef peribadi Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi semasa lawatan kerja di Lestho Africa dan Ahli Kenamaan Malaysia yang berkunjung di South Africa.

Menu dan Catering yang ditawarkan adalah konsep 1 Dunia 1 Malaysia untuk memberi senario perubahan dan kepelbagaian dalam merencah cipta satu masakan untuk semua lapisan peringkat umur.

Jumpa Cafe berharap semua pelawat-pelawat yang mengunakan laman blog ini sebagai satu informasi dan membuat kunjungan santai di cafe kami

No comments:

Post a Comment